Make your own free website on Tripod.com
 

YoTABAQAT FAHAL (PELLA)

 


Cake Photo Caption

 

    

Dikenali sebagai Pella merupakan salah satu dari kota Decapolis ( 10 kota yang di bawah kuasa Greco-Roman namun bebas dalam politik , ekonomi dan kebudayaan mereka ). Pella menjanjikan kepada para pengunjung pemandangan terhadap sisa-sisa tinggalan binaan dan penempatan zaman Kalkolitik sejak kurun ke-4 SM . Juga tempat di mana berlakunya peperangan Fahl yang berlangsung semasa awal pemerintahan Sayyidina Umar al-Khattab

Selain dari tinggalan zaman Islan serta Rome-Byzantine, Pella juga merupakan penempatan utama masyarakat zaman batu dan gangsa. Terdapat kesan tinggalan arkitek, kubur, tembikar dan barang-barang kebudayaan dari zaman Paleolitik, Epi-Paleolitik, Neolitik serta kalkolitik. Pella merupakan tempat persinggahan dagangan utama diantara Syria dan Selatan Arab. dan mempunyai hubungan dengan bandar-bandar utama rome. seperti Scythopolis atau Beisan dan pusat utama Decapolis di Philadelphia.

Pella mula dijumpa semula pada tahun 1818 oleh seorang lelaki berbangsa Inggeris, James Mangles. Selepas dari itu ramai ahli arkeologi berminat mengkaji kesan tinggalan di Pella.Ketika zaman Rome-Byzantine. Beberapa gereja telah dibina di kawasan lembah ini. Takungan air yang menampung 300,000 Liter air turut dibina.

Kerajaan Islam berjaya menawan kota ini pada zaman Umayyad dan turut dijadikan kawasan perdagangan dengan utara tanah arab hingga ke Cyprus. Terdapat catatan bahawa kota Pella rosak dalam gempa bumi pada tahun 658 dan 717. Sekitar tahun 1200-1300, Kerajaan Mamluke dan Ayyubid membina perkampungan di sekitar Pella. Masjid dibina di kawasan ini dan terdapat mihrab yang menunjukkan arah kaabah.